Latar belakang Hadiah_Daripada_Hati

"Sesuatu yang gembira mahu Siti khabarkan kepada anda semua adalah mengenai album baru Siti yang sudahpun ada judulnya iaitu "Hadiah Daripada Hati". Album ini sudah 80 peratus siap pembikinannya dan akan dipasarkan awal Disember ini. Doakan segalanya berjalan dengan baik dan album ini dapat menambat hati anda. Siti telah berusaha memberikan yang semampunya daripada Siti dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya nanti. Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara. Ada pelbagai rentak lagu, ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Semoga anda bersedia menerima kehadiran "Hadiah Daripada Hati" dengan hati yang lapang".

—Siti Nurhaliza, www.sitizone.com.

Siti dilaporkan berkata beliau telah mengumpul bahan-bahan baru untuk album barunya, yang sebelum ini didakwa berkonsepkan tradisional, namun dek kerana kekurangan bahan beliau teruskan sahaja dengan menghasilkan lagi album yang berkonsepkan pop. Juga terlapor bahawa Siti sudah memulakan rakaman semenjak bulan Ramadhan.

Siti telah mengesahkan "Ku Mahu" sebagai single pertama. Sebelum pelancaran single pertama, "Hati" telah dikeluarkan pada September 2007 sebagai runut bunyi filem 1957: Hati Malaya. "Mulanya Cinta", runut yang ketiga dari album, muncul dalam pementasan teater P. Ramlee the Musical yang merupakan satu penghormatan kepada pelakon legenda Tan Sri P. Ramlee. "Melawan Kesepian" dipilih sebagai single kedua. Dan dalam beberapa minggu sebelum Anugerah Industri Muzik ke-15, Siti memilih untuk melancarkan single ketiga, "Cintamu". Lagu ini memenangi Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu, mengalahkan dua lagu-lagu beliau yang lain "Hati" dan "Sekian Lama". Single keempat yang dipercayai menjadi single terakhir dari album ini ialah "Wanita".

Rujukan

WikiPedia: Hadiah_Daripada_Hati http://www.budiey.com/new-album-siti-nurhaliza-had... http://sitizone.com/main/index.php?option=com_cont... http://calmille.free.fr/main/?p=166 http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.nib.com.my/archives/text/view/28085446?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/46451919?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/46483703?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/46492577?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/4850626?p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt...